Rusuhan dan bantahan selepas pilihan raya Pilihan_raya_Presiden_Iran_2009

Pilihan raya itu mencetuskan kekacauan paling teruk di Iran sejak revolusi 1979 di mana pertumpahan darah, bantahan, penahanan dan tindakan terhadap media menggoncang negara pengeksport kelima terbesar dunia ini. Penyokong Mir Hossein Mousavi (34 %) tidak puas hati dengan kemenangan Ahmadinejad (62.6 %) mengadakan rusuhan dan bantahan bukan sahaja di Teheran tetapi juga di seluruh Iran malah di seluruh dunia. Setakat ini 8 orang terbunuh.[24]

Belia Iran di Teheran membakar tong sampah, bank dan tayar ketika polis pencegah rusuhan memukul mereka dengan belantan.Satu pos tentera diserang dengan niat mencuri senjatanya.[25] Ahmadinejad menuduh media asing melancarkan "perang psikologi" terhadap negaranya.[26] Bantahan ini menyamai bantahan semasa Revolusi Islam Iran 1979. Pengundi seramai 46.2 juta. Tetapi pengundi baru ini lahir selepas revolusi Islam 1979, detik pemerintah Shah Iran yang disokong Amerika Syarikat, digulingkan.

Pada 15 Jun 2009, lebih 700 rakyat Iran mengadakan tunjuk perasaan di Wisma Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) di Jalan Semanthan, Kuala Lumpur, Malaysia. Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid menyatakan polis PDRM terpaksa melepaskan gas pemedih mata dan lima bom asap kerana mereka enggan bersurai.Datuk Seri Hishammuddin Hussein selaku Menteri Dalam Negeri mengancam akan menarik balik visa jika pelajar Iran meneruskan demonstrasi.[27]

Presiden Amerika Syarikat Barack Obama menyatakan bahawa terpulang kepada pengundi di Iran untuk memilih presiden mereka. Sebarang bantahan penipuan kertas undi tidak patut menyebabkan pertumpahan darah.Setiausaha Negara Amerika syarikat , Hillary Rodham Clinton menyatakan Amerika tidak dapat menerima kemenangan Ahmedinijad. [28][29]Naib Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden sangsi dengan undian tersebut.[30][31]

Pada 19 Jun 2009, 12 ahli Majlis Kawal Selia meneliti 646 aduan penyelewengan .Mousavi mahukan keputusan pilihan raya itu dibatalkan. Majlis bersedia mengira semula kertas undi yang dipertikaikan tapi menolak cadangan membatalkan pilihan raya. Penyokong Mousavi berkabung sehari bagi memperingati rakyat Iran yang terkorban dalam tunjuk perasaan yang diadakan bagi menentang keputusan pilihan raya yang didakwa mempunyai unsur penipuan.

Pemimpin agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei berunding dengan wakil empat calon presiden yang bertanding di Teheran.Ali Khamenei menggesa Mousavi mematuhi undang-undang dan menyelesaikan isu itu secara aman. Beliau didesak menfaikan bantahan di mahkamah supaya dapat dibicarakan dan diadili.[32]

Rujukan

WikiPedia: Pilihan_raya_Presiden_Iran_2009 http://www.adnkronos.com/AKI/English/Politics/?id=... http://baznevis.com/view-17808.html http://www.presstv.com/classic/detail.aspx?id=9445... http://www.rayemelat.com/Show_Archive.aspx?date=13... http://www.rayemelat.com/Show_Archive.aspx?date=13... http://www.rayemelat.com/Show_Archive.aspx?date=13... http://www.roozonline.com/persian/opinion/opinion-... http://news.xinhuanet.com/english/2009-05/12/conte... http://alef.ir/1388/content/view/47404/ http://ghalamnews.ir/news-18999.aspx